Friday, May 30, 2008

Special Offer for the visitor

Jom gi ngail.... kepada pengunjung yang memerlukan alatan..... harga yang disenaraikan pada spesifikasi adalah harga pasaran di USA dan harga jualan oleh Tokey Tackle Shop jauh lebih murah dari pasaran USA dan tempatan. Dapatkan peralatan import tebaik dengan budget yang kecil... semoga terbaik juga hasilnya.

Friday, May 2, 2008

Reels, rods, lines, lures & lain-lain import untuk dijual

Bermula untuk kegunaan sendiri dan kawan-kawan (tanpa mengambil sebarang keuntungan), saya nampak ada potensi kerana peralatan yang dijual di kedai (tackle shop) agak tinggi harganya berbanding dengan pembelian terus dari pembekal di luar negara terutama dari USA bagi jenama Okuma, Penn, Dam, Pinacle, Tica, Quantum dan banyak lagi. Tetapi yang popular dengan kualiti tinggi dan harga yang kompetatif ialah Okuma dan Penn. Di USA, menurut cerita reels boleh di jual balik atau trade-in di mana-mana tackle shop tidak seperti di sini. Harga di sana memang murah akan tetapi kos penghantarannya agak tinggi hingga mencecah 50%. Dapat dikurangkan dengan tanpa kotak reel tersebut tetapi tidak praktikal tanpa kotak untuk jualan.

Bagi pemancing di negara kita jenama jepun seperti Shimano, Daiwa dan lain-lain lebih popular kerana jenama USA agak mahal dan kurang di sini. Mungkin tidak ada promosi dan tambahan pula kritikan dari penjual jenama Jepun hingga kurang disenangi oleh pengguna yang bercerita dari mulut ke mulut wa;aupun mereka tidak pernah menggunakannya. Saya dan rakan-rakan yang telah menggunakan jenama Okuma dan Penn mendapati ianya sangat lebih baik dari yang disangka.

Saturday, April 26, 2008

Kumpulan Pemancing

Dengan tinggal di Batu 8 Gombak, tempat memancing selain kolam berbayar, tempat yang terdekat bagi air tawar ialah Empangan Klang Gate, Empangan Batu dan bekas-bekas lombong. Sebelum tahun 2008 kumpulan pengail Batu 8 mempunyai sebuah rakit yang boleh memuatkan hingga 12 orang di Empang Klang Gate. Boleh dikatakan setiap hujung minggu kami akan memancing dari lewat petang hingga ke lewat pagi dan hasil agak berbaloi dengan sebarau, baung, giant telapia, pelbagai spesis putih dan toman. Penghujung tahun 2007, pihak empangan tidak membenarkan penggunaan rakit dan kami tidak ada lagi tempat yang enjoy untuk memancing kerana memancing dari daratan hanya mengundang tersangkut apabila mengeroh pancing yang disentap ikan. frust... frust.

Mengail air masin pula tempat yang selalu dikunjungi hujung minggu ialah laut, pantai, kelong dan jeti sekitar Klang, Bagan Lalang dan sekitarnya.

Kumpulan Gombak Batu 8 terdiri dari anggota tetap dan sampingan.
Anggota tetap kami :- Anuar, Pudin, Zali, Tuan, Tokey, Amin, Jimmy, Razif , Rosli, Sharul dan Shah, Rozaidi, Hisham, Seni.
Anggota sampingan :- Terdiri dari kekawan, kenalan dan saudara-saudara anggota tetap termasuk pembeli alatan dari saya.
Sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai kumpulan kami adalah dipelawa terutama yang tinggal berhampiran dengan Gombak, tidak ada yuran penyertaan, hanya kena turun yamca sesekali untuk rancang aktiviti. Syarat minat memancing sahaja.

Friday, April 25, 2008

Introduction

Selamat dan salam kepada pelawat.

Saya dilahirkan pada 17 Aug. kira-kira 40+ tahun yang lalu di Muar, Johor, orang Mu'o berketurunan Bugis. Sekarang menetap di pinggir Kuala Lumpur, Batu 8 Gombak.

Hobi di masa lapang atau dilapangkan memancing (orang Mu'o kata ngail) dan menunggang moto.

Memandangkan memancing sebagai hobi, dengan budget yang terhad untuk pembelian di kedai pancing bagi peralatan yang berjenama dan berkualiti, cara yang terbaik bagi mendapatkan barangan berkenaan dari pembekal atau penjual di luar negara terutama dari USA.

Mula-mula untuk kegunaan sendiri dan kemudian atas permintaan kawan-kawan (group pancing) sekadar tolong dengan sedikit imbuhan bagi nilai tukaran matawang asing dan perbelanjaan pos (shipping). Terdapat stok yang lebih lalu ditawarkan kepada semua rakan-rakan pemancing yang memerlukan.

Kepada sesiapa yang mencari atau ingin memiliki peralatan memancing (reels, rods, lines, lures & others), di mana harga yang saya tawarkan hingga 50% lebih murah dari pasaran di sini. Semua di import terus dari USA

About Me

My photo
Hulu Kelang, Selangor/WPKL, Malaysia
Penjual alatan pancing import. Pelbagai jenama dan jenis : -Reels -Rods -Lines -Leaders -Lures/Bait -Hooks/Swivels -Pliers/Tools & other gears untuk pancingan air tawar dan air masin hingga laut dalam. ... yang penting .... SAYA JUGA PEMANCING... yang mengetahui & memahami keperluan anda ,,,,,,,,,,,,,, CONTACT : email : hassantokey@yahoo.com Tel : 0122883755
Tenggiri lagiparilah pulak