Saturday, April 26, 2008

Kumpulan Pemancing

Dengan tinggal di Batu 8 Gombak, tempat memancing selain kolam berbayar, tempat yang terdekat bagi air tawar ialah Empangan Klang Gate, Empangan Batu dan bekas-bekas lombong. Sebelum tahun 2008 kumpulan pengail Batu 8 mempunyai sebuah rakit yang boleh memuatkan hingga 12 orang di Empang Klang Gate. Boleh dikatakan setiap hujung minggu kami akan memancing dari lewat petang hingga ke lewat pagi dan hasil agak berbaloi dengan sebarau, baung, giant telapia, pelbagai spesis putih dan toman. Penghujung tahun 2007, pihak empangan tidak membenarkan penggunaan rakit dan kami tidak ada lagi tempat yang enjoy untuk memancing kerana memancing dari daratan hanya mengundang tersangkut apabila mengeroh pancing yang disentap ikan. frust... frust.

Mengail air masin pula tempat yang selalu dikunjungi hujung minggu ialah laut, pantai, kelong dan jeti sekitar Klang, Bagan Lalang dan sekitarnya.

Kumpulan Gombak Batu 8 terdiri dari anggota tetap dan sampingan.
Anggota tetap kami :- Anuar, Pudin, Zali, Tuan, Tokey, Amin, Jimmy, Razif , Rosli, Sharul dan Shah, Rozaidi, Hisham, Seni.
Anggota sampingan :- Terdiri dari kekawan, kenalan dan saudara-saudara anggota tetap termasuk pembeli alatan dari saya.
Sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai kumpulan kami adalah dipelawa terutama yang tinggal berhampiran dengan Gombak, tidak ada yuran penyertaan, hanya kena turun yamca sesekali untuk rancang aktiviti. Syarat minat memancing sahaja.

No comments:

About Me

My photo
Hulu Kelang, Selangor/WPKL, Malaysia
Penjual alatan pancing import. Pelbagai jenama dan jenis : -Reels -Rods -Lines -Leaders -Lures/Bait -Hooks/Swivels -Pliers/Tools & other gears untuk pancingan air tawar dan air masin hingga laut dalam. ... yang penting .... SAYA JUGA PEMANCING... yang mengetahui & memahami keperluan anda ,,,,,,,,,,,,,, CONTACT : email : hassantokey@yahoo.com Tel : 0122883755
Tenggiri lagiparilah pulak